AKU melangkah masuk ke dewan kuliah
dengan perasaan yang tidak bersemangat untuk belajar. Ya sangat malas. Semangat
aku untuk belajar telah terbang bersama angan-angan aku untuk window shopping.
Kacau daun betullah Proffesor Aiini ni.aku baru terbayang nak menghabiskan masa
aku harini di dalam gedung membeli-belah. Satu-satunya tempat yang boleh
membuatkan aku hanyut.
Masuk saja ke dewan kuliah mataku dihidangkan dengan
pemandangan yang kotor. Boleh dikatakan najis mughalazah jugak lah. Balik nanti
aku nak kena samak mata aku ni. Pencemaran pemandangan betul. Hesh bila lah kau
nak berubah dan berhenti dari menjadi perosak pemandangan woii.Aku melabuhkan
punggung di tempatku.
“Adel.” Namaku
disapa lembut. Amat lembut. Aku amat mengenali suara itu. Dia yang bisa
membuatkan jantungku berdegup dengan luar biasa. Dia yang bisa membuatkan aku
gila bayang.
“Adel.”
“Ya Ayish kau nak apa?”
“Amboi kasarnya bahasa. Dah lama tak jumpa kau kan.
Rindulah.” Ceh rindu aku konon. Dah sedap bermain mata dengan perempuan lain
baru pandai cari aku.
“Oh ye ke.
Terharunya ada orang rindu aku.”
“Kau tak rindu aku ke?” soalnya lembut.
“Tak pun. Buat
apa aku rindu kau”.
Nanti berperang pulak aku dengan budak kolej ni. Tak
nak aku. Nanti keluar kat newspaper
‘Sekumpulan Pelajar Kolej Bertindak Ganas.” dengan selamba aku menjawab.
Tak boleh dilayan sangat mamat sengal sebelah aku. Nanti aku yang hanyut.
Darwisy ialah kelemahan aku. Aku tidak boleh menafikan perasaan aku ini tetapi
aku juga tidak daya untuk meluahkannya. Bak kata pepatah luah mati Adel telan
mati Ayish.
“Woi kau
merepek apa ni? Aku tanya kau rindu aku tak. Yang kau melalut sampai gaduh lah.
Newspaperlah asal?”
“Aku berfikiran jauh.”
“Mak cik tu bukan berfikiran jauh. Tapi kau dah
melalut tu.” Kata Darwisy lalu mengambil tempat disebelah ku
“Yelah cuba kau bayangkan kalau aku rindu kau. Mesti
timbul gosip liar.Adel rindu Flower Boy Artin College. Lepas dah timbul pulak
gosip liar mesti lah peminat-peminat setia kau tu marah aku. Dari situ lah boleh
timbul pergaduhan. Faham. Haih kentut ayam taik betul kau ni.”
Darwisy hanya
memandang aku tanpa berkelip. Penat aku bagi keterangan, boleh dia buat tak
tahu je. Bertuah punya budak. Aku menolak kepalanya perlahan.
“Woi budak. Kau
dengar tak apa yang aku cakap tadi.”
“Siapa budak?”
“Kau lah wahai
Adam Darwisy.”
“Eh tak sedar diri ke apa kau ni. Kau tu yang macam
budak kecik. Aku tengok kau ni langsung tak macam 21 tahun tau.”
“Kau kutuk aku ke apa ni?” aku mendongakkan dagu
memambalas pandangannya.
“Tak lah aku puji kau lah Adel.”
“Oh thanks. Kau adalah lelaki pertama yang puji aku ni
comel, lemah lembut, ayu, cantik, gadis melayu terakhir, sopan santun and luar
biasa. Aku tak sangka selama ni aku ni cantik.”
Kataku sambil membuat gaya ala-ala gadis melayu terakhir gitu nyah!
“Perasan lebih. Aku cakap sepatah kau balas
berbakul-bakul pulak. Hei mak cik ni. Kalau kalau bercakap ibarat machine gun
bertemu musuh.”
“Ayish kau tau tak kau ni lah punca bahasa negara
bangsa kita hancur tau. Aku tak pernah dengar pepatah macam tu. Sesuka hati kau
je buat pepatah baru kan.”
“Well mak cik, aku kan hebat. Jejaka idaman Malaya.
Bukan macam kau. Mak cik tua yang suka bebel 24 jam.”
“Jejaka idaman Malaya konon. Rumah kau takde cermin
eh?” pergaduhan kami terhenti kerana
Proffesor Aiini telah masuk ke kelas. Hish. Kacau je lah aku nak berdrama
dengan pujaan hati aku ni. Eh pujaan hati? Macam pelik je bunyi tu. Jangan cari
nahas Adel nanti betul-betul kau masuk akhbar kang. Takpelah Adel tinggal
beberapa bulan je lagi kau menghadap muka prof nih.
TIBA-TIBA aku rasa debar. Harini merupakan hari
peperiksaan kami. Selepas ini kami semua bebas tanpa perlu membenakan kepala
aku dengan semua buku-buku tebal gajah ni. Yahoo!
“Adel kau okay
tak ni?” Darwisy mengambil tempat disebelahku.
“Okay. Cuma takutlah. Macam mana kalau aku failed.
Habis lah aku melepas angan-angan aku nak kahwin dengan anak raja Ayish.”
“Sempat lagi kau fikir macam tu Adel.” Suara Darwisy
sedikit meninggi. Aku tergelak kecil melihat gelagatnya.
“Ye lah. Kalau
aku tak dapat ijazah ni. Manalah anak raja nak pandang aku. And nanti semua
angan-angan aku musnah wahai si anak raja tunggulah kehadiranku sayang.” Aku
memandang ke atas seolah-olah melihat bintang yang berkedipan. Mata ku
kenyitkan berulang-ulang kali.
“Ish kau ni. Sini lah aku ajar kau satu skill nak
senang menghafal. Gerenti lulus.”
“Macam mana?”
aku tak tau kenapa tetapi aku rasa teruja untuk mendengar skill Darwisy itu. Oh
inikah yang dinamakan cinta. Hati gembira rasa bila kau bersama. Aku rasa macam
melayang oh bulan. Huhu.
Dush!
Darwisy memukul bahuku dengan buku yang agak tebal.
Mak oi. Gila ape. Sakit tau.
“Inilah skill yang aku nak ajar kau tadi. Nama skill
ni, ‘Cara untuk menyedarkan Adel dari mimpi’.” Ceh! Kuangjak punya Darwisy. Nasib
baik muka kau ni karchak kalau tak dah lama aku tibai jadi sambal belacan tau.
Sambal belacan? Sedapnya kalau dapat makan. Auuummmm. Tak dapat aku bayangkan bila Darwisy menjadi
sambal belacan. Confirm laku kalau aku
jual tu. ‘Sambal belacan cap Ayish Karchak’
“Bengong lah kau.
Sakit tau. Sesuka hati kau je nak pukul aku. Bengong oi kau ingat kau
siapa ha?” aku mula mencekak pingang. Marah. Alah marah-marah manja je ni.
“Kenapalah kau ni bengong sangat bengong. Aku pun kau
tak kenal.sebelum kau jadi lebih bengong meh sini ajar kau. Kali ni betul.sorry eh Adel.” Darwisy
tersenyum manis. Kelihatan ikhlas senyumannya.
Darwisy mengeluarkan buku rujukannya. Kami
mengulangkaji bersama-sama. Sesekali kepala menjadi mangsa pukulan fenalti
Darwisy. Dia ingat kepala aku ni apa haa ?
DARWISY datang ke meja aku and the gang bersama sedulang minuman. Time for party babe. Tapi mana Dian? Kenapa Darwisy tak meraikan hari kebebasannya bersama buah hati pengarang jantung pisang emas tulen yang tak original dia tu? Lantaklah. Buat apa aku nak fikir pasal perempuantu. Aku ni tunggu masa je nak bongkarkan rahsia sifat sebenar Dian yang playgirl. Sudah beberapa kali aku terserempak Dian bermesraan dengan lelaki yang berlainan.
Harini merupakan hari terakhir peperiksaan kami.
Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum kami semua angkat kaki dari sini. Bebas
yooo!
Darwisy menghulurkan cappuchino kepadaku. Aku
menyambut.
“Ayish! Air apa yang kau belikan untuk aku ni?”soal
Arin kebingungan. Haik mentang-mentang dah merdeka air pun tak kenal ke.
“Air susu. Baik untuk kesihatan.” Ujarku dengan agak
kuat dengan nada yang seperti budak-budak mendapat gula-gula.
Semua yang ada disitu tergelak. Dengan tidak sengaja
Ayish menyembur minuman yang sedang diteguknya. Nasib baik tak kena siapa-siapa. Kami semua ketawa melihat free show didepan
mata. First time nampak flower boy membuat perkara yang memalukan.
“Hah betul cakap Adel tu. Aku amik air tu kat negro
depan tu.” Darwisy menuding jari kearah seorang pelajar warga negro. Serentak itu
kami semua terus meledakkan tawa. Cafeteria kolej amat bingit dengan tawa kami.
Ketawa kegembiraan.
Dan kenapa aku rasa Darwisy nampak begitu segak
apabila ketawa? Ah sudah! Kau ni menag dah angau Adel. Bahaya.
“Hish dia ni.
Malas aku nak layan korang.” Arin
mencebik. Kami tidak mempedulikan Arin dan terus mencapai makanan
masing-masing. Lapar! Lapar! Lapar! Tetapi Schaa hanya memandang sepi
makanannya.
Kami berpandangan sesame sendiri. Kenapa dengan Schaa
ni? Melayan perasaan ke apa ni?
“Adel.” Schaa merengek manja. Dah macam kucing parsi
aku tengok dia ni.
“Yes sayang. Awak nak apa?”
“Suapkan aku kentang ni. Tangan aku sakitlah.” Schaa
menunjukkan jarinya kepadaku. Aiiik takda apa-apa pun jarinya. Okay je. Haih ni
mesti kes nak bermanja-manja dengan aku.
“Malas aku. Kau ada tangan kan.”
“Alaaa. Adel.”
“Kau ni dah kenapa Schaa? Nak mintak sepak tak?” Arin
bersuara.
“Aku tak nak sepak. Aku nak kepak. Ala kalau Adel tak
nak suap. Arin kau suap aku lah.” Kini Schaa membuat reaksi muka comel pulak.
Alaaa tau lah muka kau tu lawa minah.
Aku menyekeh perlahan kepala Schaa. Darwisy yang melihat telatah kami
hanya ketawa.
“Ouh tolong tak kuasa nyah.” Kata Arin dengan nada
yang agak gedik seperti maknyah. Euuu geli taik telinga nyah dengar.
“Schaa sini kau suapkan kau. Ala bucuk-bucuk anak papa
sini. Mama tak nak layan Schaa ya. Sini papa suapkan eh.” Kini Darwisy pula
yang bersuara dengan nada yang agak manja. Dan perkataan mama tu ditekankan dan
menjeling aku yang disebelahnya. Ouh! Kau kenapa Ayish dah gatal sangat nak
kahwin?
“Aduh. Ayish, Adel masalah rumah tangga korang jangan
bawak kesini. Tolong. Meluat aku dengar.” Mendengar kata-kata Arin serentak
kami ketawa. Aku membuat muka meluat. Biarlah nak bermanja pun. Jealous lah tu.
“Alah Arin jealous lah tu. Suka hati aku lah nak
bermanja dengan bini aku yang comel mel mel manja ku sayang.” Darwisy mencucuk
pinggang aku.
“Ocot suami aku sayang!” dengan tidak senngaja aku
melatah. Ayish! Aku ni dah lah jenis penggeli pantang digeletek dan disentuh
bahagian pinggang. Serentak itu mereka ketawa.
Pap!
Laju tanganku yang cantik ini melekat di bahunya. Kami
semua menikmati makanan masing-masing dan hari kebebasan kami. Enjoy jangan tak
enjoy.
PANG!
Laju tangan kananku hinggap ke pipi Dian. Aku memang
tak boleh tahan lagi dengan perangainya. Dian dengan selamba mengatakan bahawa
aku ni perempuan yang tidak bermaruah dan cuba merampas Darwisy dari dia di
depan semua. Semua mata memandang kearah kami.
Aku menggempal buku lima ku. Nafasku turun naik sedari
tadi. Tiba-tiba Darwisy datang ke arah kami dengan wajah yang membahang. Merah.
Aku memandang anak mata Darwisy. Darwisy juga memanah anak mataku. Lama. Aku
dapat melihat kemarahan yang berapi-api dari anak mata hazel milik Darwisy.
“Baby look. Your friends are hurting me.” Dengan
lenggok manja Dian mendapatkan Darwish.
Ketika itu Arin maju setapak ingin menyanggah
kata-kata Dian itu tapi sempat aku halang. Aku tak nak kawan-kawan aku terlibat
sama dalam masalah aku. Arin mengundur setapak.namun riak mukanya masih bengis
menahan marah yang membuak.
“What are you guys do with Dian. And you Adel how dare
you slap her?” suara Darwisy bergetar. Sedang menhan perasaan marah mungkin.
Pandangan matanya masih tidak lepas dari memandangku.
“You now why she slap me baby. It’s because she love
you. Baby she in love with you!” mataku membuntang mendengar pernyataan Dian.
Aku terkedu. Macam mana Dian boleh tahu isi hati aku yang telah aku simpan rapi
selama ini? Aku hanya diam tidak bergerak.
“What? Adel kenapa kau sanggup sakiti Dian. Betulke
apa yang Dian cakap? Jadi kau lempang dia hanya sebab aku? Sebab kau sayang
aku. Kau dah gila ke? Kau cermin dulu diri kau tu. Kau siapa dan aku siapa.
Adel selama ni aku anggap kau kawan aku. Kawan aku yang paling baik. Dan paling
aku percaya. Tapi apa yang kau buat kat aku. Kau balas persahabatan kita macam
sampah!” nada suara Darwisy makin meninggi. Aku tergamam. Kenapa dia sanggup
hina aku depan orang ramai? Salahke kalau aku sayang kau Ayish. Aku tak minta
pun kau bals perasaan aku. Aku tau kau memang cinta mati kat playgirl tu.
“Darwisy satu je aku nak pesan kat kau. Kau tak layak
nak bandingkan diri aku dengan kau yang bezanya hanya harta kekayaan dan
kecantikan. Aku tak sangka selama ni kau tak ikhlas kawan dengan aku. Aku ingat
kau sudi kawan dengan aku walaupun aku tau aku tak setaraf dengan kau. Tapi kau
salah. Aku memang bodoh sebab percaya kat kau. Aku bodoh sebab jatuh cinta pada
kau. Dan satu lagi aku nak pesan kau siapa nak cakap aku murah. One day you
will know how you’re your bitch is! I just want to remember you. Kau sayang
sangat betina ni kan. Satu hari nanti kau akan sedar siapa dia
sebenarnya.” Nada suaraku kembali meninggi. Aku tidak
dapat menahan perasaan yang bercampur baur ini. Sakit. Marah. Geram dan rasa
dihina.
Pipiku mula dibasahi oleh manik-manik jernih. Aku
menangis. Sedih. Darwisy kaget. Ya Allah apa aku buat kat kau Adel? Kenapa aku tak rasa sakit bila tengok air mata kau mengalir? Maafkan aku
Adel. Aku sayang kau tapi hanya sebagai seorang kawan. Aku tak bermaksud nak
buat kau terluka. Tapi aku juga sakit bila kau menyakiti Dian. Maafkan kau
Adel. Aku minta maaf.
Segelas air milo ais aku capai. Dengan rasa yang amat
marah aku mencampakkanya tepat ke muka Darwisy. Semua yang berada di situ
tergamam. Kini Darwisy sudah kebasahan.
“Terima kasih Ayish sebab kau sudi kawan dengan aku.
Aku tau aku salah. Dan aku memang nak pergi dari hidup kau. Aku doakan kau
bahagia.” Laju aku menyepak kaki Darwisy sebelum melangkah dengan deraian
tangisan. Sedih! Hanya itu yang dapat aku ungkapkan. “Ayish aku tak sangka kau
macam ni.” Kata Arin lalu membuntuti langkahku. Dian tersenyum sinis. Ayish
kenapa kau dah berubah?
Kau sanggup tengking aku sebab perempuan tak guna tu?
Kau dah berubah 180 darjah. Aku menuju ke arah gedegang berhampiran bilik kuliah. Dahaga. Disebabkan
terlampau sangat amat paling dahaga aku berlari. Aihh punah bahasa melayu aku.
Aku berlari mengejar gedegang iaitu mesin minuman yang terdapat di kolej ni.
Kenapa ia dipanggil gedegang? Mungkin sebab bunyi ‘gedegang’ yang amat kuat
apabila air jatuh dari mesin.
Kreatif betul budak-budak kolej ni. Langkah-langkah
punya langkah aku kaku. Kaki kau bagai terikat. Handsome pulak mamat depan kau
ni. Huih! Boleh ni jadi anak ikan mak. Haha. Aku tergelak kecil. Langkah kaki
mamat handsome itu aku jejaki. Jeng jeng jeng! Dah macam spy lah pulak kau ni
Adel.
Aku mematikan niat aku yang tulus lagi murni untuk
terus sekodeng mamat handsome itu. Aku meneruskan tujuan asalku untuk
mendapatkan gedegang! Ouh air mu tunggu kau datang !
Sedang sibuk kau memasukkan syiling kedalam gedegang
mataku terpana. Mamat handsome ni ada kat sebelah aku lah. Okay ni lah yang
dikatakan kalau dah jodoh tak kemana. Ahaks! Aku memasukkan baki syiling yang
ada dan memilih air.
“Hai!” tegurku kepada mamat tadi. Aku mempamerkan
skuntum senyuman bak mawar yang harum memekar. Cehh gitu. Namun hampeh! Tiada
reaksi. Mamat tadi hanya memandang aku sepi. Hehoklah! Sombong gila. Baru nak
ngorat tadi.
Dah kenapa pulak lah budak kecik ni? Salah sekolah
keapa? Malas aku nak layan budak kecik ni. Entah-entah dia ni budak yang mental
kot. Hoi nahas kau. Apalah malang sangat nasib kau harini. Baik aku blah dari
sini.
Selepas melihat reaksi mamat tadi yang amat kerek plus
annoying double plus mintak kaki dengan aku. Aku terus menuju ke dewan kuliah.
Tapi langkahku kaku. Haih? Mamat ni lagi. Dia sekelas dengan aku rupanya.haha
peluang Adel. Okay try sekali lagi. Go! Heh bila dah datang sikap aku yang
gila-gila ni habislah!
Aku mendekati jejaka tadi dan melabuhkan punggung
disebelahnya. Aku memandang mamat kerek tu dan melemparkan senyuman yang lebih
manis dari tadi.
“Hai. Kau student baru eh? Aku pun baru jugak masuk
sini. Nama kau siapa?”
Budak kecik ni lagi? Tapi bila aku tengok dia
betul-betul nampak macam waras lagi je.
Comel jugak budak kecik ni. Dah dia hulurkan salam perkenalan, takkan
aku nak tolak. Jangan sombong oi kau yang rugi nanti.
“Assalamualaikum. Aku Darwisy. Kau ni betulke student
kat sini?” soalan yang aneh.
“Yelah kenapa? Kau ni soalan tak boleh pelik lagi?”
“Oh taklah. Aku fikir budak sesat sekolah tadi. By the way nama kau?”huh
selamba badak sumbu je dia panggil aku
budak sesat aiii. Boleh tahan jugak mulut mamt ni. Berdesing.
Lelaki mulut laser ni dengan muka selamba kutuk alu.
Tak rasa bersalah langsung.
“Budak kau panggil aku. Well muka aku kan baby face.
Tapi kan aku rasa bukan aku yang sesat but kau. Kau ni Korean ke? Fasih betul
berbahasa melayu kan. Hebat lah kau. Nama aku ni pelik sikit kau jangan ejek
tau.”
“Baby face? Bolehlah. Ha’ah mak aku orang korean. Aku
memang dah lama menetap kat Malaysia. Nama kau siapa? Takkanlah aku nak ejek
kau.”
“Adel. Adel Qaisy.” Jawabku ringkas.
“Uniklah nama kau. Macam orangnya jugak.”
“Hah unik? Okay yang nama unik tu aku boleh terima.
Tapi apa maksud kau yang aku unik?” aku mula binggung. Haip haip dia ni nak
ayat aku keapa? Haha.
”Yelah kalau kau nak tau. Kau perempuan pertama yang
tegur aku dulu walaupun aku tak layan kau. Dan kau ni walaupun nampak muslimah
tapi agak brutal jugak.” Ouh itu pun unik ke? Kami saling berborak dan bertukar
cerita. Seronok. Darwisy seorang yang peramah sebenarnya. Dan walaupun
bahasanya agak kasar tetapi dia tetap mampu menceriakan keadaan kembali.
Aku tersedar dari lamunan. Ahhhh kenapa mesti kau
muncul dalam fikiran aku!
AKU menyiapkan proposal yang dipinta oleh bos aku. Huh
penat. Berjam-jam aku menghadap laptop ni. Boleh pecah anak mata aku. Namun
terpaksa juga aku menyiapkan kerana sebentar lagi CEO dari SD Holdings ingin
kami membentangkan proposal ini. Yang menjadi mangsa untuk menyipkan tugasan
ini adalah aku jugak. Hampeh punya bos. Nasib baiklah kau ni bos yang prihatin
terhadap pekerja. Kalau tak silap lah aku nak buat benda yang menyusahkan ni.
Hahahaha.
Arin tu aku tak tahu dah lari kemana. Macam tau-tau je
akan ada bala yang bakal menimpanya. Bijak kau Arin.
“Adel. Dah siap proposal yang saya suruh buat. Kalau
dah siap bawak ke bilik mesyuarat. Mereka sudah tiba.”
“Dah bos. Baiklah. Saya akan menyusul ke bilik
mesyuarat sebentar lagi.”aku menghadiahkan senyuman manis kepada Encik Irzad.
KAKU. Aku tergamam melihat CEO SD Holdings.jantung
bergoncang hebat. Bagai dilan da rebut taufan.Ya Allah. Kenapa dia muncul
kembali dalam hidup aku. Namun aku gagahkan juga kaki untuk melangkah. Lebih
baik aku beredar. Aku mengatur langkah ke bilik mesyuarat dengan laju. Jujur
melihat wajahnya kini aku rasa seperti ingin memeluknya. Aku terlampau sayang.
“Adel stop.”
Lenganku dipegang. Darwisy menahan langkahku.
“What are you doing? Are you nuts?”aku cuba melepaskan
genggaman Darwisy yang amat kemas itu.
“Adel. Please forgive me. I’m sorry I love you Adel.”
Aku kaget mendengar kata-kata Darwisy.
“Adel. What are you doing here with Encik Darwisy?”
suara garau milik bosku membuat aku bertambah kaget.
“Saya tak tau
bos ada orang gila ni tiba-tiba kacau saya. Dia nak cari kekasih hati dia yang hilang. Pastu dia ingat saya ni makwe
dia kot. Saya ni cantik sangat ke bos kalau nak digandingkan dengan Tuan
Darwisy?” kataku lalu ketawa untuk menghalau perasaan aku yang sedang bergetar.
Darwisy aku rindu kau. Tapi aku sakit sangat dengan apa yang kau buat kat aku
tiga tahun lepas. Aku sakit Ayish.
“Adel. I’m begging you. Aku minta maaf aku menyesal.
Aku sayang kau. Lepas kau pergi dari hidup aku baru aku sedar yang sebenarnya
aku cinta kau. Aku sayang kau.” Darwisy melutut. Melopong aku dan Encik Irzad
atas tindakan refleks Darwish. Aku maafkan kau. Namun aku hanya mampu menyimpan
kata-kata itu di dalam hati. Aku terus lari keluar dari pejabat.
Aku cuba
menenangkan perasaanku. Sebak. Kenapa kau muncuk balik dalam hidup aku? Air
mata aku kesat dengan belakan tapak tanganku. Aku dah cukup penat mengalirkan
air mata aku disebabkan dia.
AKU masuk ke pejabat seperti biasa. Namun hari ini
bukan hari-hari yang biasa aku lalui. Langkah saja ke dalam pejabatku semua
mata memandangku. Dah kenapa pulak semua orang kat sini. Aku mendekati sebuah
cermin. Membelek diriku dan penampilan aku harini. Takda apa yang pelik pulak.
“Adel. Ada
orang nak jumpa kau. Dari tadi lagi dia dah tunggu kau kat depan tu.” Kata Arin
dengan muka yang serba salah. Aik dah kenapa Arin ni? Mataku kalih kearah yang
ditunjukkan oleh Arin. Dia lagi. Dah takde muka orang lain ke dalam dunia ni?
Tapi. Baru aku sedar yang dia makin handsome dan gaya Darwisy juga menampakkan
bahawa dia seorang ahli korprat yang
berjaya. Badan yang makin bidang. Kami melangkah
keluar pejabat suapaya tidak menjadi perhatian. Budak office aku ni bukan boleh
percaya sangat. Silap haribulan aku jadi bahan gossip diaorang semua.
Adel aku rindu kau. Selama tiga tahun ini kau tak
pernah berhenti mencari kau. Aku betul-betul rasa bersalah. Aku silap menilai
kau. Aku telah membuat satu kesalahan yang paling bodoh dalam hidup aku dengan
menghina kau.
“Adel, we need to talk.” Bisiknya perlahan di
telingku. Lenganku dipegang kemas oleh Darwisy. Erat.
“Not now. Aku ada banyak kerja nak buat. Please let me
go.” Aku sedikit mendongak. Dengan perlahan dan muka yang meminta simpati dia
melepaskan pegangannya. Aku masuk semula ke pejabat.
SEJAK pertemuan aku dengan Darwisy bulan lepas aku
kerap mendapat jambangan bunga.pelbagai jenis bunga yang aku dapat tau. Kalau dikumpulkan boleh
bukak kedai bunga aku rasa. Tapi sayang semua bunga-bunga tersebut aku
hadiahkan pada mak cik cleaner kesayangan.
“Mak cik ni ada bunga lagi untuk mak cik.” Aku
menghulurkan jambangan bunga itu kepada mak cik cleaner atau nama sebenarnya
Jenah a.k.a. Jenny. Ha glamour kau nama dia. Kalah aku tau.
“Dapat lagi? Siapa sebenarnya yang bagi mak cik bunga
ni Adel?” soalnya.
“Tak tau lah ada seorang pak cik tua tu bagi. Namanya
wak leman kot. Dah lah rongak beruban pulak tu. Geli saya mak cik. Tapi nak
buat macam mana dia dah jatuh hati pandang pertama kat makcik katanya.”
“Adel.” Suara garau itu membuatkan kau terkejut. Macam
mana dia boleh datang. Aku mengalihkan pandangan ke arahnya sambil tersenyum
sumbing. Kantoi sudah.
“Mak cik. Nilah dia wak leman yang selalu bagi hadiah
tu.” Pada saat itu mak cik Jenah kelihatan tersengih-sengih dan tersipu malu.
Alahai malu konon. Aku tau lah kau terpegun tengok wak leman versi moden ni
terlampau handsome kan.
“Adel kacaknya dia. Apa orang putih tu cakap.
Handsome. Tak sangka aku leman ni boleh suka kat aku. Kalau macam tu aku terima
lah. Bila kau nak masuk minang ni Leman. Jangan tunggu lama-lama nanti kau
melepas pulak.?” Mak cik Jenah masih lagi menayangkan susunan gigi yang banyak
dah ompong. Hai mak cik ni tak sedar diri pulak. Darwisy aku lihat makin
berkerut. Darwisy menarik lenganku keluar pejabat. Habis semua budak office
memandang kami.
“What are you doing Adel?”
“What I am doing?” soalku kembali dengan tidak
berperasaan.
“Adel please. I’m sorry kay. I love you. Really.” Aku
memandang anak matanya cuba mencari keihklasan di setiap kata-katanya. Dan kenapa
aku rasa Darwisy jujur mengungkapkan perasaanya?
“Aku benci kau monyet. Aku benci kau. Kau jahat.”aku
tidak dapat menahan perasaan dan akhirnya aku menangis semahu-mahunya. Nasib
baik tempat kami ini agak terselindung.
“Aku sayang kau beruk. Sayang sangat.” Aku terkedu
mendengar ayatnya. Beruk? Kau panggil aku beruk Ayish? Kau memang tak berubah.
Suka buli aku dari dulu!
“Mangkuk. Kuali. Senduk. Kambing. Keldai. Lembu.” Aku
sedikit menjerit. Geram.
“Intan. Berlian. Derlima. Nyawaku. Aku sayang kau.
Adel Qaisy.”
“Kau tipu aku. Kenapa kau sanggup hina aku Ayish kalau
kau betul sayangkan aku. Aku dah tak boleh nak percaya kau. Aku sakit. Aku
sedih. Aku tak sangka kau boleh berubah dengan sekelip mata. Kau sanggup buang
aku dalam hidup kau. Selama ni kita berkawan tak pernah kau berkasar dengan kau
Ayish. Aku betul-betul terasa.” Nadaku mula perlahan menahan sebak. No Adel!
Kau kena kuat. Jangan menangis lagi depan Darwisy.
“Aku minta maaf atas segala kata-kata aku tiga tahun
lepas. Aku menyesal Adel. Lepas kau pergi dari hidup aku, aku rasa kosong. Dian
bukan punca kebahagiaan aku selamani. Masa tu baru aku sedar yang sebenarnya
aku sayang kau. Aku rindu kau. Aku cuba cari kau tak jumpa. Dan sekarang aku
takkan sekali-kali melakukan kesalahan yang sama dengan meninggalkan kau Adel.”
“Maaf? Senangkan lelakini minta maaf. Bagi aku masa
Ayish untuk tenangkan fikiran please.”
“Adel. Tiga
tahun perkara ni dah berlalu. Takkan kau susah sangat nak maafkan aku. Aku
mengaku aku salah. Aku sedar aku tak sepatutnya.”
“Ayish memang aku dah maafkan kau. Aku dah lama
maafkan kau.” Belum sempat Darwish menghabiskan kata-katanya aku pintas
memotong.
“Jadi kenapa kau tak terima perasaan aku? Aku
betul-betul rasa bersalah dan menyesal atas perbuatan aku”soalnya. Darwish memandang
aku lama meminta jawapan. Aku membalas
renungannya. Ikhlas. Ayish tolonglah jangan pujuk kau lagi. Kau kan tau
kelemahan aku yang satu ni. Aku pantang dipujuk. Hati aku ni sangat lemah
lagi-lagi kau pernah menghuni dalam hati aku.
“Aku takut aku akan terluka lagi. Aku dah penat. Aku benci kau!”
“Aku sayang kau. Oh aku lupa nak bagi tau kau aku dah hantar rombongan
meminang kat rumah kau. Parents kau pun dah terima Cuma nak tunggu kata putus
dari kau je.” Kata Darwish dengan selamba.
Aku terbatuk kecil mendengar kata-katanya.Masuk minang? Gila apa mamat ni.
Kau memang tak berubah Ayish. Kau lelaki yang penuh kejutan. Dari dulu sampai
sekarang.
“Kenapa kau buat macam tu?”
“Sebab aku sayang kau Adel Qaisy. Aku sayang kau. Sayang kau. Aku nak kau
jad suri hati aku. Aku takkan lepaskan kau. Susah sangat ke kau nak percaya kat
aku. Adel boleh aku minta jawapan kepada peminangan aku tu sekarang.”
“If my answer
is no?” aku cuba berteka-teki. Jujur aku terharu dengan usaha dia untuk meminta
maaf dari aku. Haih nilah namanya cinta. Dah kena maki hamun pun masih boleh
senyum dan terima pasangan kita tu. Aku dah kena sawan cinta. Tolong!!!!
“If no. I’ll try. Try and try to get you Adel. Aku akan cuba selagi aku
mampu. Sampai kau akan kembali sayang aku.”katanya dengan penuh keyakinan. Ya
kau memang tahu untuk membuat aku jatuh Ayish. Untuk kesekian kalinya aku kalah
dalam permainan cinta.
“Aku benci. Aku sayang.” Akhirnya aku meluahkan perasaanku. Perlahan namun
aku yakin Darwisy mendengarnya. Mukaku membahang menahan malu. Aku dapat
mendengar Darwisy ketawa kecil lalu mengusap lembut kepalaku yang berhijab. “I
know it. I love you too sayang.”

No comments:
Post a Comment