Karena Sebuah Pertemuan

Karena Sebuah Pertemuan
“Tak sangkakan, housemate aku ni penulis cerpen terkenal.” Sindir Zulaikha kepada aku. Aku hanya memerhati tingkahnya. Malas untuk bertikam lidah. Cerpenku sudah diterbitkan di laman web cerpenmalaysia.com.
“Aku nak keluar makan, kau ada nak kirim apa-apa ke?” Walaupun mulutnya agak lancang tetapi hatinya baik.

“Tak naklah. Nanti aku masak apa-apa yang ada di dapur tu kalau lapar.” Perutku masih kenyang. Aku menatap komputer ribaku dengan pandangan sepi. Entah apa yang hendak ditulis.Aku seakan buntu. Lalu aku menghembuskan nafas perlahan.
 ‘Zaman sekarang , kisah cinta anak remaja memonopoli pasaran.’ Keluh aku dengan dunia sekarang.
‘Fatimah, penulisan awak memang bagus. Bukan orang biasa yang mampu menulis seperti ini. Cikgu harap awak dapat takkan sia-siakan kelebihan yang awak ada ini.’ Teringat aku akan kata-kata seorang guru bahasa melayu ketika masih di bangku sekolah.
“Lah.. sempat lagi kau berangan kan? Aku tengah bercakap dengan kau , kau biarkan je. Aku gerak dululah kalau macam tu.” Serba salah aku dibuatnya. Aku membiarkan dia bercakap seorang diri.
Kasihan menerpa dalam hati. Tetapi tika itu fikiranku seakan serabut. Sudah hampir setahun aku berkecimpung dalam bidang penulisan cerpen ini. Zulaikha bekerja di sebuah syarikat swasta yang terletak berhampiran dengan rumah sewa kami. Mujurlah dia ada, kalau tidak pasti aku akan bertambah sunyi.
‘Idea, datanglah.’ Aku seakan merayu kepada otakku agar bekerja. ‘Ah, mungkin aku perlukan cuti untuk merehatkan minda.’ Fikirku dalam hati. Lalu aku membuka laman web ‘Air Asia’ dan membuat pencarian tiket yang murah.
Pulau Langkawi, Permata Kedah. ‘Indahnya kawasan pelancongan di negaraku ini.kenapa masih ada yang membazirkan duit untuk melancong di negara orang.’ Sempat pula aku membebel berseorang.

Pulau Langkawi yang mempunyai sumber alam flora dan fauna yang semula jadi serta sejarah perjuangan merupakan aset terbaik untuk industry pelancongan. Aku menuju ke sebuah chalet ‘Malibest Resort’. Ia terletak berhadapan dengan kawasan Pantai Chenang. Tatkala melihat air laut itu, hati aku seakan disapa sesuatu. Ketenangan melihat ciptaanNya !
Seusai membersihkan diri dan menunaikan kewajipanku kepada yang maha Esa,aku keluar untuk berjalan-jalan di tepian laut. Tanpa sadari sudah separuh jalan pantai itu aku berjalan. Terasa lenguh dikaki lalu aku menuju sebuah pondok buluh yang terdapat disitu. Ianya salah satu daya tarikan pelancong. Sambil melihat anak-anak kecil mandi laut, ada yang bermain pasir, ada yang sedang berlari-lari anak. ‘Bahagianya jadi anak kecil. Tak ada masalah.’ Teringat aku akan zaman kanak-kanak ku yang hanya tahu untuk bermain. Ruginya jadi remaja dewasa yang tidak menghargai masa.

“Assalamualaikum wbt,seorang je ke?”Khayalanku terhenti tatkala satu suara datang menyapaku lalu aku berpaling.
“Waalaikumussalam wbt.Hah, seorang je.” Jawabku sambil menyimpulkan senyuman untuknya. Lesung pipitku kelihatan.
“Nama akak Nur Safiah, panggil Kak Safiah pun boleh. Adik nama apa? Kursus ke kat sini? Berapa hari?” Seorang wanita yang sedang mendukung anaknya yang berusia 5 bulan memperkenalkan dirinya. Pulau Langkawi selain menjadi tempat pelancongan, ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk penjawat-penjawat awam melakukan aktiviti kursus.
“Fatimah. Saya kerja sendiri kak. 3 hari sahaja. Esok dah nak balik. Akak pula bercuti ke? Dua orang sahaja?” aku berbahasa basi bertanyakannya. Lalu dia mengangguk sambil jari telunjuknya menunjuk kearah seorang lelaki dan anak sulungnya yang berusia 2 tahun sedang membina istana pasir. ‘Oh, bersama keluarga.’ Jawab aku dalam hati.
Setelah bertukar-tukar nombor telefon, aku meminta izin untuk pulang ke chalet bagi merehatkan diri. Malam nanti mahu membeli sedikit cokelat sebagai buah tangan untuk Zulaikha. Pulau Langkawi terkenal dengan cokelat. Murah harga yang ditawarkan berbanding di Kuala Lumpur.
‘Bila tiba saat berganti dunia…’
Telefon bimbitku yang disetkan bunyi ringtone dari kumpulan ungu berbunyi.
“Assalamualaikum wbt Fatimah, sihat? Akak ni, kak Safiah. Rindulah dekat awak. Nanti datanglah melawat akak dengan Syafiqah dan Syafiq ni di rumah. Suami akak ada kursus di Sarawak.” Kak Safiah yang ku kenali memang ringan mulut. Banyak topik yang akan dibicarakan. Selepas pertemuan tempoh hari, kak Safiah kerap menghubungi dan bertanya khabarku.
“Waalaikumussalam wbt. Saya pun rindu akak. Terutama anak-anak akak. In shaa allah, esok  saya singgah sekejap ya.” Aku rindukan telatah anak-anaknya itu. Setelah mendapatkan alamatnya, aku tersenyum sendirian. ‘esok aunty nak main dengan kamu berdua.’ Gelak tawa syafiqah sentiasa bermain di ingatan. Manja Syafiq pulak membuatkan aku bertambah rindu.
“Kenapa macam muram sahaja? Ada masalah?” Kak Safiah menegurku. Kawasan perumahannya tidaklah jauh dengan kawasan rumah aku, tapi mungkin kerana kesesakan jalan raya menjadikan aku lambat tiba dirumahnya. Anak-anaknya seakan menunggu kedatanganku.
Kebarangkalian ,ibu mereka sudah memberitahu aku akan melawat mereka. Buah tangan ku berikan kepada mereka. Melompat kegirangan Syafiqah sewaktu menerimanya. Sesudah bermain dan melayan karenah mereka, aku membantu kak Safiah didapur. Ingin menjamu ku cucur udang  istimewa untukku katanya.
“Tak adalah kak, Cuma kebelakangan ni, rasa penat sahaja.” Aku masih merahsiakan perkara sebenar dari pengetahuan dia. Aku membantunya untuk membuat teh panas manakala dia sedang menyiapkan juadah tersebut.

“Akak tengok muka Fatimah macam dilanda masalah. Bergaduh dengan kekasih?” Tekaannya tu membuatkan aku ketawa besar. ‘Aku yang selekeh ini,ada ke orang nak?’ sempat aku merendahkan diri aku.
“Siapalah hendakkan saya kak. Kebelakangan ini saya rasa macam malas sangat untuk menulis. Syarikat-syarikat penulisan sudah mencari saya. Mereka sedang menggesa karya saya yang terbaru.” Aku mengadu kepadanya yang sudahku anggap seperti kakakku.
“Hmm… Bukankah minat Fatimah dalam bidang penulisan terlalu mendalam? Malahan Fatimah sanggup berhenti dari kerja Fatimah demi untuk menjadi seorang penulis? Kenapa jadi macam tu?”Walaupun Kak Safiah baru ku kenal, entahkan kenapa aku seakan memercayainya. Sebelum begelar seorang penulis cerpen, aku merupakan pekerja di syarikat terkemuka di Kuala Lumpur. Aku hanya mengangkat kedua bahu seolah memberikan jawapan tidak tahu kepadanya.
Lalu aku berkata kepadanya.
“Cerpen saya memang bagus kak.Tapi saya tak tahu apa yang saya cuba sampaikan. Semua cerpen yang saya tulis, saya sendiri tak pasti untuk apa.” Aku mengeluh panjang.<br
/> ‘semua penulis akan mati hanya karyanya sahaja yang akan kekal abadi.’ – Saidina Ali r.a
“Fatimah, awak kenal tak Amru bin Jamuh?” nama lelaki yang disebut oleh kak Safiah. ‘ah, siapa pula tu. Hendak jodohkan dengan aku ke?’ sempat aku bermonolog seorang diri. Aku menggelengkan kepala. Jika ditanya tentang siapakah Hariz dalam watak novel Ombak Rindu tu aku pasti kenal.
“Amru bin Jamuh merupakan sahabat Rasulullah S.A.W. sebelum keislamannya, dia mempunyai satu patung berhala yang dinamakan Manat. Dia sangat beriman kepada Manatnya itu. Bahkan setiap keputusan yang ingin dilakukan, dia akan meminta jawapan pada Manat. Sedangkan Manat tu hanyalah berhala jadian oleh manusia sendiri.” Aku kusyuk mendengar cerita dari Kak Safiah. Lalu dia menyambung lagi..
“Tahu apa jadi padanya? Pada suatu hari, anaknya tika itu membawa Manat dan membuangnya di loji air busuk. Marah benar si Amru tatkala mengetahui tuhannya itu dibuang. Tetapi dia masih sanggup mengambil Manat dan membersihkannya. Keesokkan malam, anaknya iaitu Muad’z membuat perkara yang sama tetapi berbeza dengan strategic yang lepas. Mereka mengikat Manat bersama seekor bangkai anjing.” Kak Safiah suka bercerita tentang kisah sejarah dahulu. Katanya, kalau tidak mempelajari sejarah dahulu, kita tidak akan jadi seperti sekarang. Terbawa dek harus kenikmatan dunia !
“Dia kutip lagi ke kak tuhan dia tu?” Aku bertanya kepadanya. Semangat mendengar ceritanya. Ku tumpukan perhatian ku sepenuhnya sambil mendukung Syafiqah di riba. Berat !
“Pada waktu tu, Allah swt bukak matanya untuk melihat, Manat yang dianggap tuhan tetapi tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri. Sejak dari situ, dia meninggalkan zaman jahiliyahnya dan mengenali agama islam. Tetapi keislamannya bukan macam kita sekarang ni. Tidak memberi sumbangan apapun pada islam.” Dia menghela nafas panjang. Riak wajahnya kelihan sedih dengan apa yang terjadi sekarang.
“Amru bin Jamuh , segalah hartanya, tenaganya disalurkan kepada Islam. Ketika perang Uhud, dia telah menjadi orang yang paling hadapan. Dia menggunakan segala kelebihan yang ada untuk pertahankan agama islam. Dia hanya kejar syurga Allah dan akhirnya dia memperolehi apa yang dikehendaki.” Seusai bercerita kak Safiah mendapatkan Syafiq yang menangis kelaparan ketika itu.
“Kisah Fatimah ni tak ubah macam kisah Amru bin Jamuh tau.Akak rasa.. akak sarankan.. Fatimah tulislah perkara yang mendatangkan faedah,seperti menulis cerpen yang berbentuk dakwah.” Nasihatnya perlahan agar tidak mengguriskan hatiku.
“Tapi saya takut tidak sempat. Banyak yang saya perlu pelajari. Asal usul saya bukan dari keluarga yang mempunyai pengetahuan agama, saya pun bukan budak sekolah agama.” Aku seakan merungut.
“Allah swt bagi 24 jam sehari untuk kita. Banyak dah tu. Kita yang tak reti nak bahagikan masa kita.Nabi Muhammad S.A.W berdakwah sampai mati tau sayang. Kita ni?” Betullah seperti apa yang diperkatakannya. Masa yang ada aku lebih banyak dibuangkan begitu sahaja.
“Akak,berdakwah ni bukan dengan menyampaikan tazkirah je ke kak? Boleh ke dapat keuntungan dengan karya sebegini?” aku memberikan soalan cepumas kepadanya.
“Dakwah ni adalah tugas yang suci dan tugas yang Allah amanahkan kepada setiap hambaNya. Kita ni ditanggungjawakan sebagai khalifah Allah atas muka bumi ni tahu. Kita ditugaskan untuk menyampaikan serta menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ada macam-macam cara untuk berdakwah ni. Sekarang kan zaman teknologi, selain itu awak awak juga boleh menulis dilaman blog awak tu. Mana tahu suatu hari nanti akak beli novel islamik dan nama penulis yang tertera adalah Fatimah binti Syarhan. Sebenarnya kaedah berdakwah ni banyak. Antara nak atau tak nak. In Shaa Allah, rezeki Allah itu luas. Mungkin penulisan awak tidak akan dapat keuntungan yang banyak, tetapi hati awak akan bertambah tenang. Sebab apa tahu?
“Sebab awak dah berjaya menggerakkan dakwah secara tidak langsung. Nanti ada masa baca tafsir Al-Quran surah Ali-Imran ayat 104” Sambungnya lagi.
Aku mengangguk perlahan. Ya,benar.
 “Masyarakat sekarang perlu disedarkan. Dakwah perlu digerakkan supaya dapat membimbing manusia ke jalan yang betul. Setiap individu muslim, perlu berganding bahu untuk sama-sama melaksanakan kerja dakwah ni. Contoh, awak berdakwah melalui penulisan, akak pula berdakwah melalui kuliah-kuliah di surau berdekatan. Zauj akak pula berdakwah melalui gambar-gambar yang diambilnya.Dia akan kaitkan dengan kehidupan seharian kita.” Aku tahu kehebatan kak Safiah. Dia mampu menyampaikan hujah ni jika berhadapan dengan orang ramai namun tidak pulak aku ketahui kehebatan suaminya itu.
“Sampaikanlah walaupun satu ayat. Ini sabda baginda. Ini bermakna bukan hanya ustaz dan ustazah sahaja wajib untuk menyampaikan dakwah. Dan kita sebaga insan-insan terpilih, tanggungjawab kita lebih besar tahu. Jangan sempitkan pemikiran bahawa dakwah itu hanya untuk orang yang belajar agama sahaja. Salah tanggapan yang macam tu.” Sambungnya lagi.
Aku hanya membatukan diri. Berfikir !
“Akak, betul ke dakwah picisan ni tak mampu untuk mengubah orang?” aku bertanya soalan itu padanya. Benar aku ada mendengar orang bercakap seperti itu. ‘Dakwah tak berkualiti lah melalui penulisan ni.’
“Taklah wahai adik akak yang manis ni. Fatimah sendiri, bila menulis, Fatimah buat kajian kan? Sesudah siap, Fatimah akan membacanya semula kan? Tak termotivasi untuk berubah menjadi lebih baik ke?” Dia memulangkan soalan kepadaku.
Aku hanya mengangguk. Tanggapanku salah selama ini.
“Samalah juga dengan melalui penulisan. Mungkin tak semua tapi akak yakin ada yang termotivasi untuk lebih baik bilamana nanti mereka membaca setiap karya dari Fatimah.”
 Aku sekadar tersenyum kelat. Penulisan aku seakan menggalakan anak muda bercinta. ‘Ya Allah, apa yang telah aku lakukan ni.’ Aku menyalahkan diri aku apabila teringatkan cerpen pertama ku tulis yang bertajuk , 1,2,3 aku cinta kau.
“Biasalah tu, pasang surut sesuatu kejayaan mesti akan ada. Dari situlah kita belajar untuk terus berusaha.Kita nak buat benda baik ni, memang aka nada yang melemahkan semangat kita. Syurga itu kan manis, sebab tu perjuangan pahit.” Pujuk kak Safiah tatkala melihat aku yang seakan khuatir dengan penerimaan masyarakat.
“Saya risau…” ayat aku terhenti apabila kak Safiah menyambung hujahnya.
“Nabi Muhammad S.A.W sendiri menghadapi cabaran yang besar tau sewaktu dia berdakwah. Bahkan dia dituduh sebagai seorang yang gila. Kita belum pun mencuba, takkan lah sudah mahu berputus asa? Baginda tetap bersabar, tabah, dan terus berdakwah. Kalaulah Baginda berputus asa tika itu, mesti kita tidak akan kenal Islam kan?” ucapan yang diselitkan dengan soalan membuatkan aku tersedar.
 “Akak..ganjaran jika berdakwah pasti hebat kan?” aku bertanya kepadanya.
“Ye dik. Allah dah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 195
“Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya)”
Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil)
sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)

“Sayangnya Allah dekat kita kak. Akak, terima kasih untuk ilmu yang disampaikan ini. Saya rasa dah patut saya balik ke rumah ni. Dah lewat sangat.Nanti jika berkesempatan saya datang lagi ya.” Aku meminta izin untuk mengundurkan diri.
“Ingatkan nak tidur dekat sini. Syafiqah dah beria, aunty Fatimah akan teman dia tidur malam ni.” Rajuk Kak Safiah.
“Taklah kak. Zulaikha keseorangan dirumah. Kasihan pula dia nanti.” Zulaikha mesti sunyi jika aku tiada dirumah. Tiada siapa yang mampu bertahan mendengar bebelannya itu.
Seusai bersalaman dengannya dan anak-anak aku bergerak meninggalkan rumah mereka. Sesampainya dirumah,aku berfikir akan apa yang diperkatakan oleh kak Safiah. Seolah mendapat makanan rohani sebentar tadi. Aku akan meneruskan misi ku yang baru ini. Aku berazam untuk terus berjuang menyampaikan dakwah melalui penulisan. ‘Jangan salah gunakan kelebihan yang Allah dah kurniakan kepada awak Fatimah. Risau awak akan menyesal kelak kerana melepaskan peluang yang ada.’ Pesanan kak Safiah sentiasa terngiang di fikiranku. Komputer ribaku dibuka dan Microsoft Word menjadi sasaran. Tanganku ligat menulis sebuah cerpen, “Kerana sebuah pertemuan.”

Oleh: ibu adik

No comments:

Post a Comment